Saturday, September 18, 2010

Masjid Al Aman Qariah Kelemak Alor Gajah Melaka

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551


DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad Saifullah Bin Fadzid
No Matrik : 2010251952
Kumpulan: ASB1Ag


PROGRAM:
Sarjana Muda Sains (Kepujian)
Kimia Gunaan
(AS225)

TARIKH HANTAR:
24 Oktober 2010

PENDAHULUAN
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.


SEJARAH
Masjid ini dibina pada 27 syaaban 1402 hijrah bersamaan dengan 19hb jun 1982 dirasmikan oleh Yang Amat Behormat(Y.A.B)  Encik  Abdul Rahim bin Tambi Cik ketua menteri Melaka pada masa itu.Perletakan batu asas masjid ini dilakukan pada 22 jamadulakhir 1401 bersamaan dengan 27hb April 1981 oleh Yang Amat Behormat (Y.A.B) Encik Muhammad Adib b. Haji Muhammad Adnan ketua menteri Melaka.Masjid memakan masa satu tahun untuk dibina dan kos untuk membina masjid ini menelan belanja RM 200 000.Dana untuk menampung perbelanjaan masjid ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Melaka.

Sebelum dikenali sebagai Masjid Al Aman,Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Kelemak oleh penduduk setempat.Masjid ini dibina bersebelahan dengan masjid lama  yang merupakan tapak asal Masjid Al Aman,Masjid lama ini diberi nama Masjid Kelemak. Masjid di Kelemak ini telah dibina beberapa kali sejak 200 tahun yang lalu. Masjid pertama yang dibina terletak diatas sebuah bukit bernama Bukit Tutu, di Kampung Pengkalan berhampiran dengan stesen keretapi lama. Masjid ini kemudiannya dipindahkan ke tapak yang ada sekarang. Jemaah yang boleh ditampung pada masa itu adalah tidak melebihi 60 orang.Masjid ini kemudiannya dibina semula dengan berasakan kayu dan berbumbung zink dan boleh menampung kira-kira 100 orang jemaah sahaja.Pada tahun 1929 telah dibina semula dengan berasakan batu.Masjid ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 5000 hasil dari sumbangan penduduk kampung.Masjid ini digunakan penduduk kampung sebagai tempat untuk menuntut ilmu dan menunaikan amal ibadat.Namun Masjid ini tidak dapat lagi menampung bilangan penduduk kampung yang kian bertambah tahun demi tahun dan terbinanya beberapa taman perumahah di kawasan itu menyebabkan kerajaan negeri Melaka mengambil inisiatif untuk membina masjid baru bersebelahan dengan masjid asal.Pada tahun 1982 Masjid baru yang diberi nama Masjid Al Aman telah siap dibina dan Masjid Lama dikekalkan untuk dijadikan Mahad Tahfiz Al quran,Al karim tempat untuk tujuan kelas-kelas agama dan kelas-kelas mengaji al quran.Ruang solat masjid lama ini dibuka pada setiap hari raya aidil fitri dan hari raya aidil adha untuk menempak Jemaah muslimah atau wanita yang menunaikan solat sunat hari raya.Pada  tahun 1988,Masjid lama ini telah diwartakan dibawah enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan budaya 1988(enakmen no.6 tahun 1988).
Pada zaman Dato' Dol Said, Dato' Naning Pertama tahun 1830, wakilnya iaitu Dato' Bilal Manja, suku Tiga Batu Belang, telah menjalankan adat istiadat kampung sebagai Ketua Pentadbir Agama Islam, Kampung Kelemak. Beliau meninggal dunia pada akhir tahun 1800an dan disemadikan diperkarangan masjid lama ini. Tugas tersebut telah diambil alih oleh seorang Dato' Penghulu Adat bernama Dato' Penghulu Buruk bersukukan Tiga Batu Kampung Padang. Jenazah beliau turut dikebumikan diperkarangan masjid tersebut apabila beliau meninggal dunia. Selepas kematian Dato' Penghulu Buruk, masjid ini ditadbirkan oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk kampung hingga 1973 dimana AJK Masjid mula dilantik oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.(sumber : http://www.perzim.gov.my/)
Secara keseluruhan,masjid lama ini ialah bangunan yang dibina sebelum merdeka dan mempunyai sejarah yang unik dan tersendiri.Masjid ini juga mempunyai ciri seni bina yang istimewa iaitu ciri Masjid Melayu Klasik kerana mempunyai bumbung yang bertingkat.
AKTIVITI MASJID AL AMAN QARIAH KELEMAK ALOR GAJAH MELAKA
Masjid ini menjalankan aktiviti yang ditetapkan pada setiap malam dalam seminggu.Pada hari isnin imam akan memberi kuliah tentang hadis dan menghuraikan secara terperinci untuk kefahaman Jemaah masjid.Pada hari selasa selepas asar,diadakan kelas tajwid untuk kaum ibu dan kanak-kanak.Pengajar untuk kelas tajwid dihantar dari JAIM(Jabatan agama islam Melaka).Pada hari rabu,selepas solat maghrib diadakan kelas berzanji diketuai imam yang bertugas pada malam itu.Kelas itu terbuka untuk semua Jemaah masjid.Pada hari khamis selepas solat maghrib  kebiasaannya akan diakan tafsir al-quran.Pada hari khamis selepas solat maghrib akan diadakan membaca yasin beramai-ramai di kalangan Jemaah masjid.Pada hari jumaat selepas maghrib kebiasaannya akan diadakan kuliah tentang fardhu ain,penceramahnya dihantar sendiri dari JAIM dan pada hari sabtu selepas solat maghrib akan diadakan kuliah tentang tasawuf al quran.Rutin ini diteruskan pada setiap minggu.(sumber : imam 2 – Tn Hj Salleh bin Samat)

Pada bulan Ramadan,akan diadakan tadarus al quran pada setiap pukul 8.00 pagi,biasanya tadarus al quran ini hanya disertai oleh kaum ibu.Pada waktu petang warga masjid akan bergotong royong untuk memasak bubur dan diberikan pada orang ramai.Solat tarawih juga diadakan pada setiap malam selepas solat isyak.Semua aktiviti ini diadakan sepanjang bulan Ramadan.Pada 27 ramadan selepas solat maghrib akan diadakan majlis khatam al quran disamping untuk memberi sedikit sumbangan kepada ahli qariah yang telah mengadakan tadarus al quran sepanjang bulan ramadhan di masjid ini.Pada setiap 1 syawal masjid ini akan mengadakan solat sunat aidilfitri seperti masjid yang lain.
Setiap tahun pada hari raya korban jawatankuasa masjid akan mengendalikan korban lembu dan kambing secara bergotong royong .Kebiasaannya sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing akan dikorbankan pada setiap tahun.Daging korban akan diagihkan pada penduduk kampung dan perumahan qariah masjid ini.Jawatankuasa masjid ini juga akan mengadakan kursus penyembelihan,pengajar untuk kursus ini akan dihantar sendiri oleh JAIM(jabatan agama islam Melaka).Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menunjukkan cara-cara yang betul dan mengikut hukum syarak dalam melakukan penyembelihan kepada para muslimin qariah masjid ini.

CADANGAN
Daripada pemerhatian saya,masjid ini tidak dapat menampung lagi jemaah yang sedia ada kerana banyak taman perumahan yang baru dibina di kawasan ini menyebabkan pertambahan jumlah jemaah.Masalah ini lebih ketara apabila menjelang hari raya aidilfitri dan aidiladha sebahagian para jemaah terpaksa menunaikan solat sunat hari raya di luar masjid.Jadi saya berharap pihak jawatankuasa masjid dapat mengutarakan cadangan saya ini kepada pihak yang berkenaan agar keselesaan dan kesejahteraan para jemaah yang hadir ke masjid ini terjaga.

PENUTUP
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepadasiapapun) selain Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golonganorang-orag yang mendapat petunjuk”. (Q.S. At-Taubah ;18)
Sebagaimana kita ketahui bahawa mengimarahkan masjid adalah salah satu tanda keimanan kita kepada Allah dan Hari Akhirat. Adapun matlamat yang ingin kita capai daripadanya adalah menggapai hidayah yang akan menyinari hidup kita dan masyarakat kita. Dalam ayat diatas Allah menerangkan : “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkantermasuk golongan orang-orag yang mendapat petunjuk”. (Q.S. At-Taubah ;18).